Monday, August 9, 2010

Cakna Masyarakat

Pada 2 Julai yang lalu Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau telah elawat mereka yang kurang bernasib baik. Rombongan dengan diwakili Pengerusi, Naib Pengerusi 1 yang juga Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi, Naib Pengerusi 3 serta Setiausaha telah melawat ke dua buah rumah. Mereka ini terlantar akibat daripada kemalangan serta menderita Kanser Usus. Rombongan ini membawa bersama sedikit barang makanan bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Walaupun pemberian ini tidak seberapa, inilah sumbangan  khidmat sosial persatuan belia serta Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi yang mampu diberikan. Di masa-masa akan datang, program seperti ini akan diteruskan terutama menjelang Aidilfitri.
Berikut gambar-gambar ketika lawatan :-


Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Bukit Besi (kiri) bersama Pengerusi Belia menyampaikan hamper kepada mangsa kemalangan

Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Bukit Besi (kanan) bersama Pengerusi Belia menyampaikan hamper kepada pesakit Kanser Usus

No comments:

Post a Comment