Friday, May 1, 2009

Penubuhan & Matlamat

PENUBUHAN

Persatuan belia yang pertama pernah ditubuhkan di Felda Jerangau adalah Persatuan Belia Kembang Desa. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 1984 dan kebanyakan ahlinya adalah daripada kalangan generasi pertama.  Namun pada tahun 1994 persatuan belia ini didaftarkan kembali dengan menggunakan nama Persatuan Belia Perkasa dan kebanyakan ahlinya daripada kalangan generasi kedua.


Hari ini semua persatuan belia di felda-felda seluruh Malaysia disarankan agar bernaung di bawah Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (PPBM) di bawah Kementerian Belia & Sukan (KBS) ( Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Belia (Pendaftar) 2007 ). Maka hasilnya, lahirlah persatuan kita hari ini dengan nama PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA JERANGAU dengan nombor pendaftaran PPBM 0004 - 


MATLAMAT

  • Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli bagi memberi kesedaran bahawa setiap permasalahan yang wujud mampu diselesaikan dengan perpaduan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi
  • Melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan daya tahan para belia agar tidak terjebak dengan gejala sosial
  • Membantu & membimbing para belia menjadi belia yang cemerlang, gemilang & terbilang serta warga felda yang glokal