Monday, May 31, 2010

Pertandingan Nasyid, Tilawah & Syarahan

Satu pertandingan nasyid, tilawah dan syarahan peringkat Wilayah Terengganu akan diadakan pada 3 Jun 2010 bertempat di Kolej Kini, Kerteh Tiga, Dungun, Terengganu. Felda Jerangau akan menghantar peserta dalam tiga kategori iaitu nasyid, tilawah lelaki dan syarahan bahasa melayu wanita yang mana peserta-peserta ini bukan sahaja mewakili Felda Jerangau tetapi juga sebagai wakil zon tengah. Zon tengah terdiri daripada Felda Jerangau, Felda Jerangau Barat, Felda Mengkawang, Felda Tersat dan Felda Bukit Bading. Peserta-peserta kita diberi penghormatan untuk mewakili zon tengah kerana menang tanpa bertanding. Untuk pertandingan peringkat wilayah nanti semua peserta telah berjanji untuk memberikan persembahan terbaik.

DOAKAN KEJAYAAN KAMI....
AMINNN....

Tuesday, May 25, 2010

Image Magnifier

Salam Hormat..

Kami mengaplikasikan sistem 'image magnifier' atau 'image zooming'. Sistem ini akan bertindak seperti kanta pembesar. Untuk menggunakanya hanya gerakkan cursor ke atas gambar dan satu imej pembesaran gambar akan dipaparkan disebelah. Walaubagaimanapun sistem ini masih dalam proses percubaan dan hanya sesetengah gambar sahaja yang dipasang sistem ini. Jika sisem ini tidak menimbulkan sebarang masalah kami akan mengaplikasikan ke semua gambar didalam blog ini.

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, May 24, 2010

Pertandingan Wau Barat

Pemenang Pertandingan Wau Barat (kanan)

Tanggal 22 Mei 2010 berlansungnya Pertandingan Wau yang diadakan di Padang Bola Sepak Felda Jerangau. Wau yang dipertandingkan hanyalah dari jenis Wau Barat sahaja. Pertandingan ini berjaya menarik hampir 40 penyartaan yang melibatkan semua golongan. Pertandingan ini terhad kepada warga Felda Jerangau sahaja. Bukan wau sahaja dipertandingan tetapi diselitkan juga dengan acara sukan yg lain antaranya bowling kelapa, basikal lambat dan pelbagai aktiviti kanak-kanak.

Wednesday, May 19, 2010

Majlis Perpisahan Pegawai Penyelaras Belia

Penyampaian cenderahati kepada En. Taufik (baju oren) yang disempurnakan oleh En. Noor Azman, Naib Pengerusi 2
Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Begitulah juga dengan En. Taufik Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Belia Felda Jerangau yang akan bertukar ke Felda Keratong. Beliau yang mula bertugas di sini pada 2009 akan menamatkan perkhidmatannya di Felda Jerangau pada hari kamis ini. Pada majlis perpisahan yang diadakan semalam, beliau  berharap persatuan ini terus maju dan mendapat kejayaan yang diimpikan di masa

Saturday, May 1, 2010

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI
Mohd Azani bin Ab Aziz @ Md Noor

NAIB PENGERUSI I
Abdul Aziz bin Jaafar

NAIB PENGERUSI II
Nor Raidah binti ABdul Razet