Friday, May 1, 2009

Hubungi Kami

No. 3 Bangunan KEMAS,
21820 Ajil, Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel : 019-9340439 (Setiusaha) 013-9038171 (Pengerusi)

Komen / Pandangan

Tinggalkan komen, pandangan, cadangan serta saranan anda berkaitan persatuan atau blog ini di ruangan dibawah :-

Program / Aktiviti

Di bawah disenaraikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.
Untuk maklumat tentang program-program yang dijalankan sila klik di atas tajuk :-

Fasiliti

Penubuhan & Matlamat

PENUBUHAN

Persatuan belia yang pertama pernah ditubuhkan di Felda Jerangau adalah Persatuan Belia Kembang Desa. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 1984 dan kebanyakan ahlinya adalah daripada kalangan generasi pertama.  Namun pada tahun 1994 persatuan belia ini didaftarkan kembali dengan menggunakan nama Persatuan Belia Perkasa dan kebanyakan ahlinya daripada kalangan generasi kedua.


Hari ini semua persatuan belia di felda-felda seluruh Malaysia disarankan agar bernaung di bawah Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (PPBM) di bawah Kementerian Belia & Sukan (KBS) ( Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Belia (Pendaftar) 2007 ). Maka hasilnya, lahirlah persatuan kita hari ini dengan nama PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA JERANGAU dengan nombor pendaftaran PPBM 0004 - 


MATLAMAT

  • Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli bagi memberi kesedaran bahawa setiap permasalahan yang wujud mampu diselesaikan dengan perpaduan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi
  • Melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan daya tahan para belia agar tidak terjebak dengan gejala sosial
  • Membantu & membimbing para belia menjadi belia yang cemerlang, gemilang & terbilang serta warga felda yang glokal

Visi & Misi

VISI

Melahirkan Belia & Beliawanis FELDA Yang Berdaya Tahan Serta Berketerampilan Dalam Bidang Pentadbiran, Perhubungan Sosial, Ekonomi  dan Pembangunan Insaniah.

MISI

  • Melaksanakan perancangan srategik secara konsisten bagi membantu mengurangkan kadar jenayah di FELDA Jerangau.
  • Membina hubungan baik secara profesional dengan masyarakat bagi mewujudkan status sosial yang sihat.
  • Membantu menaik taraf ekonomi warga FELDA Jerangau menggunakan teknologi terkini sebagai alternatif kepada sumber pendapatan yang sedia ada.

Wednesday, April 1, 2009

[Foto] Pertandingan Wau Barat