Saturday, February 19, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1422H / 2011M

Sambutan Maulidur Rasul di Felda Jerangau

Semangat bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W meresap kedalam jiwa warga Felda Jerangau. Tanggal 17 Februari yang lalu telah berlangsungnya Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1422H, 2011 M di Felda Jerangau bagi mengingati Rasullullah S.A.W. Perarakan ini disertai oleh lebih 600 peserta yang terdiri daripada kakitangan FELDA, JKKR, JKKK, Jawantakuasa Masjid, KEMAS, Kesihatan, Sekolah Rendah dan juga Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau. Turut memeriahkan majlis adalah YB Dato' Haji Din bin Adam, ADUN Kawasan Bukit Besi. Majlis turut diserikan dengan Tarannum Al-quran yang dialunkan oleh Haji Muhammad bin Awang Teh bekas qari Terengganu yang juga warga Felda Jerangau serta ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Semangat bersatu-padu inilah yang dituntut dalam ajaran agama islam. Semoga dengan majlis keagamaan seperti ini akan terus dapat dianjurkan pada masa yang akan datang serta mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat khususnya warga belia.

Galeri Gambar klik disini

Saturday, February 12, 2011

Naib Johan Kejohanan Badminton Tertutup FELDA Wilayah Terengganu

Pemain menerima kalungan pingat daripada Penolong Pengurus Besar Wilayah Terengganu

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia Felda Jerangau kerana telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Kejohanan Badminton Tertutup FELDA Wilayah Terengganu setelah tewas kepada Felda Chalok 3-0. Kontinjen yang terdiri daripada 11 orang pemain telah berjaya menewaskan Felda Kerteh 3, Felda Tersat, Felda Cerul, Felda Tenang dan Felda Chalok Barat dalam menuju ke peringkat akhir. Ini satu batu loncatan kepada persatuan dalam mencapai kejayaan yang lebih gemilang di tahun 2011.InsyaAllah......