Thursday, August 12, 2010

Kursus TOT

Pada 7 Ogos - 9 Ogos 2010 yang lalu telah di adakan kursus Latihan Kejurulatihan Karnival Usahawan dan ICT & Bengkel ICT bertempat di De Palma Hotel, Ampang. Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk mengajar jurulatih untuk melatih peserta-peserta bengkel ICT yang akan diadakan di tempat masing-masing. Seramai 3 orang jawatankuasa telah dihantar untuk membantu MID Felda Jerangau bagi menjalankan bengkel itu nanti. Bengkel ICT itu nanti akan diadakan sebanyak 3 siri dan diikuti dengan karnival pula selepas itu.

Monday, August 9, 2010

Cakna Masyarakat

Pada 2 Julai yang lalu Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau telah elawat mereka yang kurang bernasib baik. Rombongan dengan diwakili Pengerusi, Naib Pengerusi 1 yang juga Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi, Naib Pengerusi 3 serta Setiausaha telah melawat ke dua buah rumah. Mereka ini terlantar akibat daripada kemalangan serta menderita Kanser Usus. Rombongan ini membawa bersama sedikit barang makanan bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Walaupun pemberian ini tidak seberapa, inilah sumbangan  khidmat sosial persatuan belia serta Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi yang mampu diberikan. Di masa-masa akan datang, program seperti ini akan diteruskan terutama menjelang Aidilfitri.