Monday, May 24, 2010

Pertandingan Wau Barat

Pemenang Pertandingan Wau Barat (kanan)

Tanggal 22 Mei 2010 berlansungnya Pertandingan Wau yang diadakan di Padang Bola Sepak Felda Jerangau. Wau yang dipertandingkan hanyalah dari jenis Wau Barat sahaja. Pertandingan ini berjaya menarik hampir 40 penyartaan yang melibatkan semua golongan. Pertandingan ini terhad kepada warga Felda Jerangau sahaja. Bukan wau sahaja dipertandingan tetapi diselitkan juga dengan acara sukan yg lain antaranya bowling kelapa, basikal lambat dan pelbagai aktiviti kanak-kanak.


Pertandingan ini berjaya mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk. Diangarkan kira-kira 400 orang memeriahkan suasana pada hari pertandingan berlangsung. Pada awalnya peserta mengalami kesulitan untuk menaikkan wau kerana masalah angin bertiup agak perlahan. Tetapi berkat kesungguhan para peserta yang mahu meneruskan pertandingan, wau dapat juga dinaikkan. 

Pada dasarnya pertandingan ini berlangsung dengan jayanya atas usaha semua pihak yang bertungkus lumus menjayakannya dan kami berharap dapat menganjurkan acara seumpama ini pada masa akan datang.

Untuk melihak koleksi gambar klik disini


No comments:

Post a Comment