Saturday, February 19, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1422H / 2011M

Sambutan Maulidur Rasul di Felda Jerangau

Semangat bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W meresap kedalam jiwa warga Felda Jerangau. Tanggal 17 Februari yang lalu telah berlangsungnya Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1422H, 2011 M di Felda Jerangau bagi mengingati Rasullullah S.A.W. Perarakan ini disertai oleh lebih 600 peserta yang terdiri daripada kakitangan FELDA, JKKR, JKKK, Jawantakuasa Masjid, KEMAS, Kesihatan, Sekolah Rendah dan juga Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau. Turut memeriahkan majlis adalah YB Dato' Haji Din bin Adam, ADUN Kawasan Bukit Besi. Majlis turut diserikan dengan Tarannum Al-quran yang dialunkan oleh Haji Muhammad bin Awang Teh bekas qari Terengganu yang juga warga Felda Jerangau serta ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Semangat bersatu-padu inilah yang dituntut dalam ajaran agama islam. Semoga dengan majlis keagamaan seperti ini akan terus dapat dianjurkan pada masa yang akan datang serta mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat khususnya warga belia.

Galeri Gambar klik disini

Saturday, February 12, 2011

Naib Johan Kejohanan Badminton Tertutup FELDA Wilayah Terengganu

Pemain menerima kalungan pingat daripada Penolong Pengurus Besar Wilayah Terengganu

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia Felda Jerangau kerana telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Kejohanan Badminton Tertutup FELDA Wilayah Terengganu setelah tewas kepada Felda Chalok 3-0. Kontinjen yang terdiri daripada 11 orang pemain telah berjaya menewaskan Felda Kerteh 3, Felda Tersat, Felda Cerul, Felda Tenang dan Felda Chalok Barat dalam menuju ke peringkat akhir. Ini satu batu loncatan kepada persatuan dalam mencapai kejayaan yang lebih gemilang di tahun 2011.InsyaAllah......

Thursday, December 23, 2010

Terbaik Kategori Pendidikan & Kemahiran


12 Disember 2010, Putrajaya - Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau hari ini dinobatkan pemenang kategori Persatuan Terbaik Pendidikan & Kemahiran dengan membawa pulang wang tunai RM 3000, trofi serta sijil penghargaan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) bertempat di Dataran Pancarona, Putrajaya. 

Pada karnival itu juga Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu menggondol tempat pertama bagi kejohanan futsal dan dikir barat, nombor empat bagi pertandingan bola jaring dan 'Battle Of The Band'.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga Felda kerana telah menjayakan karnival ini.

Monday, November 29, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan

Salam..Persatuan Belia Felda Jerangau akan menganjurkan satu kursus Pra-Perkahwinan yang dijadualkan pada 24 & 25 Disember 2010. Kursus ini akan dijalankan di Masjid Muhajirin Felda Jerangau. Walaubagaimanapun ini tertaluk kepada perubahan. Yuran kursus adalah sebanyak RM 50 termasuk makan dan minum. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi urusetia program dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan yuran. Urusetia kursus adalah :-

1. Mohd Izuddin - 019-9340439            3. Nor Raidah - 019-9506825
2. Khairul Azwan - 013-9570125           4. Musliza - 014-8333817


* Kepada warga belia Felda Jerangau diwajibkan menjadi ahli persatuan dengan mengisi borang keahlian dan disertakan yuran kehlian sebanyak RM2

Sunday, November 21, 2010

Kursus Imam/Bilal Peringkat Daerah Dungun

Salam...

Satu Kursus Imam/Bilal Peringkat Daerah Dungun akan diadaka pada 09 - 11 Disember 2010 anjuran Pejabat Agama Daerah Dungun. Kursus ini terbuka kepada warga belia Felda Jerangau yang berusia 18 tahun ke atas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-9340439 (din). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 November 2010. Rebutlah peluang ini kerana tempat adalah terhad!!!!!!