Sunday, January 8, 2012

PRIHATIN...Saudara Azani, Pengerusi Persatuan Belia Felda Jerangau menyampaikan sumbangan kepada Wan Rosmaria Wan Salleh

 Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan betapa keperitan yang dihadapi oleh Wan Rosmaria Wan Salleh, salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan Belia (mbfm) Felda Jerangau. Beliau menghadapi penyakit misteri setelah disahkan oleh pihak hospital bahawa tahap kesihatannya adalah normal. Namun adalah sesuatu yang luar biasa apabila kedua-dua belah payudaranya membesar melebihi tahap wanita normal. Pada masa yang sama juga beliau sekarang sedang hamil anak kedua. Diatas rasa prihatin kami jawatankuasa Persatuan Belia Felda Jerangau


Saturday, June 25, 2011

Majlis Penutup PRAGMA 2011

Gambar Kenangan...Semua peserta dan keluarga angkat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan peserta Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) yang berpisah dengan keluarga angkat setelah 3 hari berkampung di Felda Jerangau. Walaupun 3 hari merupakan tempoh yang singkat namun hubungan yang terjalin akan tetap di kenang sebagai satu rantaian pahit manis kehidupan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan SESTER, En. Jamil bin Sakmim, Timbalan Pengerusi JKKR, En. Ramly bin Ibrahim. Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang

Thursday, June 23, 2011

Program Anak Angkat & Khidmat Masyarakat

Azadi Rosli (kanan) menerima cenderahati daripada PK HEM SM Sains Kuala Terengganu

Hari ini bermulanya Program Anak Angkat Dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) SESTER Bersama APMT di Felda Jerangau. Program ini melibatkan 40 orang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dan 14 keluarga dari kampung ini. Sebagai simbolik bermulanya program ini, satu majlis perasmian telah diadaka pada sebelah pagi yang telah dirasmikan oleh Saudara Azadi bin Rosli, Pegawai Penyelia APMT Parlimen Dungun. Diharap program ini berjalan dengan lancar dan akan mendatangkan hasil yang baik.

Galeri Gambar klik disini

Thursday, June 16, 2011

Final Piala FA

Sebahagian penyokong pasukan Terengganu meraikan kemenangan Piala FA

Pada 10 Jun yang lalu satu rombongan penyokong dari Felda Jerangau telah berangkat ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu yang berhadapan dengan pasukan Kelantan. Rombongan seramai 43 orang ini turut disertai oleh Pegawai Khas YB Dato' Hj Din bin Adam yang turut memberi sumbangan duit poket. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kita di atas kemenangan sebagai Juara Piala FA buat kali kedua.

Galeri Gambar klik disini

Wednesday, April 27, 2011

Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau

Pada 22 April yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau bertempat di kolam ikan Pok Kob dengan disertai lebih 70 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah daripada kampung-kampung sekitar FELDA Jerangau. Turut mengambil bahagian adalah beliawanis yang bersama-sama memeriahkan acara. Yang lebih membanggakan ada peserta yang membawa anak-anak untuk turut sama beriadah. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan acara meneka biji betik yang menawarkan hadiah sebuah basikal beserta hamper. Ikan terberat yang berjaya dinaikkan seberat 3.5 kg. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Besi. Turut sama memeriahkan adalah Pengurus dan Penolong Pengurus FELDA Jerangau serta Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A'. Acara ini turut disokong oleh Pejabat JKKR FELDA Jerangau, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Dungun Serta Ketua UMNO Bahagian. Diharap pada masa yang akan datang Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau terus mendapat sokongan daripada semua pihak agar harapan untuk melihat persatuan ini maju akan terus subur.

Galeri Gambar klik disini