Pada 7 Ogos - 9 Ogos 2010 yang lalu telah di adakan kursus Latihan Kejurulatihan Karnival Usahawan dan ICT & Bengkel ICT bertempat di De Palma Hotel, Ampang. Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk mengajar jurulatih untuk melatih peserta-peserta bengkel ICT yang akan diadakan di tempat masing-masing. Seramai 3 orang jawatankuasa telah dihantar untuk membantu MID Felda Jerangau bagi menjalankan bengkel itu nanti. Bengkel ICT itu nanti akan diadakan sebanyak 3 siri dan diikuti dengan karnival pula selepas itu.
Thursday, August 12, 2010
Monday, August 9, 2010
Cakna Masyarakat
Di catat oleh
admin
Pada 2 Julai yang lalu Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau telah elawat mereka yang kurang bernasib baik. Rombongan dengan diwakili Pengerusi, Naib Pengerusi 1 yang juga Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi, Naib Pengerusi 3 serta Setiausaha telah melawat ke dua buah rumah. Mereka ini terlantar akibat daripada kemalangan serta menderita Kanser Usus. Rombongan ini membawa bersama sedikit barang makanan bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Walaupun pemberian ini tidak seberapa, inilah sumbangan khidmat sosial persatuan belia serta Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi yang mampu diberikan. Di masa-masa akan datang, program seperti ini akan diteruskan terutama menjelang Aidilfitri.
Sunday, July 4, 2010
Lepak Malam Bersama Belia & KEMAS
Di catat oleh
admin
Pada 26 Jun 2010 yang lalu Persatuan Belia Felda Jerangau telah menganjurkan satu acara yang diberi nama Lepak Malam Bersama Belia & KEMAS. Acara ini telah diadakan di Dewan Sivik Felda Jerangau bersempena sukan KEMAS dun Bukit Besi yang di adakan pada sebelah siang. Pada sebelah malam pula di adakan persembahan nasyid serta 'Live Band'
Thursday, June 10, 2010
Ekspedisi Hulu Berang-Hulu Dungun
Di catat oleh
admin
Pada 5-6 Jun 2010 yang lalu berlangsungnya Ekspedisi Hulu Berang-Hulu Dungun anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Ajil yang diketuai oleh YB Dato' Rosol Wahid. Ekspedisi ini melibatkan sebanyak 40 kenderaan pacuan empat roda serta lebih 20 buah motosikal. Tujuan utama ekspedisi ini dianjurkan adalah untuk meninjau laluan yang akan dibina jalan raya bagi menghubungkan kawasan Hulu Berang dan Hulu Dungun. Turut serta dalam ekspedisi ini adalah belia daripada Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau seramai 9 orang yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi iaitu Abdul Aziz Jaafar. Pada hari terakhir juga diadakan majlis ramah mesra YB dun Ajil dan Bukit Besi yang diadakan di Kampung Kuala Jengal.
Galeri Foto - Klik disini
Galeri Foto - Klik disini
Labels:
Ekspedisi
Tuesday, June 8, 2010
Johan Syarahan Peringkat Wilayah
Di catat oleh
admin
Pada 3 Jun 2010 yang lalu Nur Aireen binti Azumi telah mengharumkan nama Felda Jerangau apabila memenangi pertandingan Perujian Tilawah Al-Quran, Nasyid & Tilawah dalam kategori Syarahan Bahasa Melayu. Aireen telah menewaskan 3 orang lagi perserta yang mewakili zon masing-masing. Dengan kemenangan ini, Aireen akan mewakili FELDA Wilayah Terengganu ke pertandingan kebangsaan yang akan berlangsung di Felda Serting, Negeri Sembilan. Kita turut menghantar peserta dalam kategori tilawah serta nasyid., walaubagaimanapun kita hanya mendapat naib johan untuk tilawah iaitu qariah serta tempat ketiga untuk nasyid. Kita berbangga di atas kejayaan ini dan berharap kita mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. INSYAALLAH
Labels:
Pertandingan Nasyid
Subscribe to:
Posts (Atom)