Thursday, June 10, 2010

Ekspedisi Hulu Berang-Hulu Dungun

Bergambar bersama YB Ajil Dato' Rosol Wahid

Pada 5-6 Jun 2010 yang lalu berlangsungnya Ekspedisi Hulu Berang-Hulu Dungun anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Ajil yang diketuai oleh YB Dato' Rosol Wahid. Ekspedisi ini melibatkan sebanyak 40 kenderaan pacuan empat roda serta lebih 20 buah motosikal. Tujuan utama ekspedisi ini dianjurkan adalah untuk meninjau laluan yang akan dibina jalan raya bagi menghubungkan kawasan Hulu Berang dan Hulu Dungun. Turut serta dalam ekspedisi ini adalah belia daripada Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau seramai 9 orang yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi iaitu Abdul Aziz Jaafar. Pada hari terakhir juga diadakan majlis ramah mesra YB dun Ajil dan Bukit Besi yang diadakan di Kampung Kuala Jengal.

Galeri Foto - Klik disini

Tuesday, June 8, 2010

Johan Syarahan Peringkat Wilayah

Pada 3 Jun 2010 yang lalu Nur Aireen binti Azumi telah mengharumkan nama Felda Jerangau apabila memenangi pertandingan Perujian Tilawah Al-Quran, Nasyid & Tilawah dalam kategori Syarahan Bahasa Melayu. Aireen telah menewaskan 3 orang lagi perserta yang mewakili zon masing-masing. Dengan kemenangan ini, Aireen akan mewakili FELDA Wilayah Terengganu ke pertandingan kebangsaan yang akan berlangsung di Felda Serting, Negeri Sembilan. Kita turut menghantar peserta dalam kategori tilawah serta nasyid., walaubagaimanapun kita hanya mendapat naib johan untuk tilawah iaitu qariah serta tempat ketiga untuk nasyid. Kita berbangga di atas kejayaan ini dan berharap kita mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. INSYAALLAH

Monday, May 31, 2010

Pertandingan Nasyid, Tilawah & Syarahan

Satu pertandingan nasyid, tilawah dan syarahan peringkat Wilayah Terengganu akan diadakan pada 3 Jun 2010 bertempat di Kolej Kini, Kerteh Tiga, Dungun, Terengganu. Felda Jerangau akan menghantar peserta dalam tiga kategori iaitu nasyid, tilawah lelaki dan syarahan bahasa melayu wanita yang mana peserta-peserta ini bukan sahaja mewakili Felda Jerangau tetapi juga sebagai wakil zon tengah. Zon tengah terdiri daripada Felda Jerangau, Felda Jerangau Barat, Felda Mengkawang, Felda Tersat dan Felda Bukit Bading. Peserta-peserta kita diberi penghormatan untuk mewakili zon tengah kerana menang tanpa bertanding. Untuk pertandingan peringkat wilayah nanti semua peserta telah berjanji untuk memberikan persembahan terbaik.

DOAKAN KEJAYAAN KAMI....
AMINNN....

Tuesday, May 25, 2010

Image Magnifier

Salam Hormat..

Kami mengaplikasikan sistem 'image magnifier' atau 'image zooming'. Sistem ini akan bertindak seperti kanta pembesar. Untuk menggunakanya hanya gerakkan cursor ke atas gambar dan satu imej pembesaran gambar akan dipaparkan disebelah. Walaubagaimanapun sistem ini masih dalam proses percubaan dan hanya sesetengah gambar sahaja yang dipasang sistem ini. Jika sisem ini tidak menimbulkan sebarang masalah kami akan mengaplikasikan ke semua gambar didalam blog ini.

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, May 24, 2010

Pertandingan Wau Barat

Pemenang Pertandingan Wau Barat (kanan)

Tanggal 22 Mei 2010 berlansungnya Pertandingan Wau yang diadakan di Padang Bola Sepak Felda Jerangau. Wau yang dipertandingkan hanyalah dari jenis Wau Barat sahaja. Pertandingan ini berjaya menarik hampir 40 penyartaan yang melibatkan semua golongan. Pertandingan ini terhad kepada warga Felda Jerangau sahaja. Bukan wau sahaja dipertandingan tetapi diselitkan juga dengan acara sukan yg lain antaranya bowling kelapa, basikal lambat dan pelbagai aktiviti kanak-kanak.