Wednesday, April 27, 2011

Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau

Pada 22 April yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau bertempat di kolam ikan Pok Kob dengan disertai lebih 70 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah daripada kampung-kampung sekitar FELDA Jerangau. Turut mengambil bahagian adalah beliawanis yang bersama-sama memeriahkan acara. Yang lebih membanggakan ada peserta yang membawa anak-anak untuk turut sama beriadah. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan acara meneka biji betik yang menawarkan hadiah sebuah basikal beserta hamper. Ikan terberat yang berjaya dinaikkan seberat 3.5 kg. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Besi. Turut sama memeriahkan adalah Pengurus dan Penolong Pengurus FELDA Jerangau serta Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A'. Acara ini turut disokong oleh Pejabat JKKR FELDA Jerangau, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Dungun Serta Ketua UMNO Bahagian. Diharap pada masa yang akan datang Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau terus mendapat sokongan daripada semua pihak agar harapan untuk melihat persatuan ini maju akan terus subur.

Galeri Gambar klik disini

Mesyuarat Agong Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau Kali Ke-2


Mesyuarat Agong Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau kali ke-2 telah diadakan pada 28 Mac yang lalu dengan dihadiri lebih 60 orang ahli berdaftar. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengurus Rancangan FELDA Jerangau Encik Jamil bin Abbas, Timbalan Pengerusi JKKR FELDA Jerangau Encik Ramly bin Ibrahim, Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A' Encik Abdul Razet Nordin, Exco Majlis Belia FELDA Wilayah Terengganu Saudara Sufyan Tsauri bin Mohd Suri, Penyelaras Belia FELDA Jerangau Saudara Sharul bin Abdul Rahman serta SDA FELDA Jerangau, Saudari Nurul Ain binti Dollah Hashim. Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Semai Bakti bagi menaikkan semangat patriotik dikalangan ahli. Memetik ucapan pengerusi yang meminta agar semua ahli belia dapat bersatu padu serta tidak mengamalkan budaya berpuak-puak. Mesyuarat ini telah ditangguh pada jam 11 malam.

Galeri Gambar klik disini

Meraikan Bakal-Bakal Umrah

Pada 4 Mac 2011 yang lalu seramai 23 orang warga FELDA Jerangau telah diraikan bersempena pemergian ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan umrah. Majlis ini telah berlangsung di Masjid Muhajirin FELDA Jerangau dengan dihadiri lebih 80 orang warga FELDA Jerangau bagi meraikan serta mendokan agar perjalanan mereka dilindungi ALLAH serta mendapat keredhaanNya.

Galeri Gambar klik disini

Temu Mesra Warga FELDA Jerangau Bersama Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu

PERIHATIN...Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu bersama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau meluangkan masa melawat warga FELDA Jerangau

Pada 2 Mac 2011 yang lalu Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu Tuan Haji Malib telah meluangkan masa melawat ke beberapa buah rumah warga FELDA Jerangau bersempena Program Temu Mesra Warga FELDA Jerangau Bersama Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu. Pada sebelah pagi Pengurus Besar bersama-sama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau dan kakitangan beserta Jawatankuasa Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau telah meluangkan masa untuk bersama-sama warga felda bagi bertanya khabar serta menyampaikan hamper bagi mereka yang mangalami sakit kronik. Pada sebelah petang pula telah diadakan program dialog bagi merungkaikan persoalan yang telah sekian lama berlegar di fikiran warga felda. Program ini telah berlangsung dengan jayanya.